Tuesday, May 20, 2014

sahabat merah dan uggu

Buat TEMAN ku yang Merah dan Unggu

Dari sedalam mata jarum kedalam mata hati...

Wahai sahabatku...

Diam tidak bermaksud aku marah padamu...

Diam bukan bermaksud aku membencimu ...

Diam bukan bermaksud aku tidak suka padamu...

Diamnya aku supaya aku mampu berfikir adakah aku terbaik buat dirimu...

Wahai sahabatku...

Aku menjauhimu bukan kerana aku tidak sayang padamu

Aku menjauhimu bukan kerana aku jijik dengan dirimu...

Aku menjauhimu bukan kerana aku dendam denganmu...

Menjauhnya aku kerana aku takut aku terlalu bergantung padamu

Wahai sahabatku...

Aku hanyalah insan biasa...

Bukan kerana aku marah aku tidak menjawab panggilanmu

Bukan kerana marah juga aku tidak membalas pesananmu

Tetapi hati ini perlukan ketenangaan seketika demi menjadi sahabat yang terbaik buat dirimu...

Wahai sahabatku...

Dunia ini adalah tempat untuk berehat melepaskan penat dan lelah bagi menempuhi perjalanan yang panjang...

MAAFKAN aku jika diamnya aku dan menjauhnya aku menyingguk perasaanmu...

Dari segelumat hati yang ingin berbicara

Daripada sahabatmu,

No comments:

DuNiA IkLaN