Wednesday, July 3, 2013

KMM Di Hatiku (28/5/2013 part 3)


Untuk menjadikan diri guwa ni bagus and excellence dalam bebahasa (nak kate bagus tu tak la tapi nak di perbaiki sebutan dan maghraj English amarica and maghraj british bukan senang) dan untuk memahirkan diri guwa menguasai bahasa inggeris guwa kene lah belajar dari yang pakar dan bukan setakat belajar je yang diperlukan. Practice pun perlu jugak sebab kalau tak practice macam mana nak mahir kan? Jadi guwa buat jadual waktu yang guwa boleh ikut untuk mebahagikan masa guwa di rumah dan diluar rumah serta kelas-kelas yang bakal guwa pergi selepas ini. Cukup –cukup sampai di sini memori tercipta melebih lak guwa ni (buat muka annoying sikit) guwa nak sambung balik bercerita mengenai pengalama yang belum guwa habiskan lagi  susah betul bile buat entry sambung menyambung ni …

Keadaan di kolej berjalan sangat lancar dan kemeriah dimulakan dengan bismillah. Harusla guwa nak mula pagi guwa dengan ceria bukan dengan masam muka. Disebalik pagi yang dingin dan sukar bagi guwa untuk bangun pagi ni ramai facilitator dah start bangun seawal jam lima 5 pagi . di waktu dan ketika ni guwa  masih di buai mimpi indah lagi memberangsangkan minda untuk terus melelapkan mata sehingga ke azan subuh di KMM berkumandang. Facilitor lain bertungkus lumus mengejutkan pelajar yang lain supaya turun dan solat berjemah di surau tap bagi  guwa macam biasa la masih lagi di bilik sehingga azan subuh menggegarkan cuping telinga  baru guwa gerak gi surau. (okey la dari tak pergi ) dan selepas solat subuh ada lah sedikit kuliah dari abang facilitator kita (sory no picture allow) boleh je ambik gambar tapi malas.

Seawal jam 7.00 pagi para facilitator dah start their work dengan sarapan pagi di kafe B. walaupun hari hari makan makanan yang tidak sesedap makan masakan di rumah tapi terpaksa lah makan untuk mengisi perut yang  kekosongan supaya tak masuk angin.

Pada jam 7.30 pagi para facilitator dah bergerak pergi ke asrama yang di tetapkan untuk menguruskan pelajar supaya beratur dan memberi maklumat tambahan kepada pelajar mengenai KMM dan juga menguruskan pelajar supaya masuk ke dalam perhimpuanan harian dengan lebih lancar.

Tidak seperti tahun tahun lalu tahun ni berbeza sikit dan di perbaharui tiada lagi senam arobik tetapi digantikan dengan taklimat ringkas daripada ketua-ketua jabatan . bagi guwa lebih baik buat senaman pagi dari mendengar taklimat yang amat membosakan dan sungguh mengantuk . aktiviti pagi ini diteruskan lagi dengan sesi interaksi. Interaksi lagi naik meluat lak aku dengan interaksi ??

Tak pe la interaksi pun interksi la janji ada aktiviti

Di sebelah petang pulak semua pelajar terpaksa menghadirkan diri ke aktiviti latihan dalam kumpulan LDK katenya!!! hah engkau, keluar Mak Jemah sekejab. sesi LDK ni untuk kenal mengenal antara satu sama yang lain demi membentuk ukhwah sesama pelajar (dah macam doctor falsafah guwa rasa)


Sebelah petang diteruskan dengan Vocal bukan sekadar rupa. Sesi uji bakat bersama dengan cikgu kesayangan korang  Cik Azrin dan Pn salwani memang mengembirakan. Gempak ar.



Di sebelah malam aktiviti yang rancak dan berbaloi Oh My KMM ye ke? Oh My KMM aku ni memandai je. Aktiviti seterusnya adalah Iteraksi mmm interaksi ke berapa guwa tak ingat tapi nama interaksi tu KMM DIHATIKU. Setelah guwa menanya kenapa mesti adakan sesi KMM DI HATIKU ni sebelum ni tak de pun dan maklum balas yang guwa terima 




“kita ingin menerapkan semangat cinta akan KMM supaya pelajar tidak pulang ke rumah tiap tiap minggu” 

jawapan yang sungguh memberangsangkan minda guwa. Dan aktiviti pada hari ini tamat sebenarnya semua aktiviti dah habis Cuma aktiviti facilitator je belum lagi selepas semua aktiviti selesai para sukarelawan berkumpul di kafe B untuk Postmortem macam CSI lak rasanya siap bedah membedah lak ni. Dan lepas jam 11 malam para sukarelawan ni bergerak ke bilik asrama masing masing untuk LIGHT OFF  pernah ke kat KMM ada Light off ?? saje jerr buat supaya budak budak ni mampu bangun awal pagi ok sampai di sini saja untuk part ni k sehingga berjumpa di lain entry.


Ps: sory lamabat sebab banyak kerja sebenarnya dah boleh post cuma gambar cari tak jumpe...

DuNiA IkLaN