Monday, March 7, 2011

duNia PeRsEkoLaHaN


Hidup bukan sekadar rialiti yang perlu kita lihat dan hayati. Bukan sekadar untuk menjalani kehidupan tetapi untuk menjadikan sesuatu kehidupan itu lebih indah dan bermakna. Kehidupan itu merupakan anugerah yang anda semua perlu rasai sehingga sesuatu perkara itu tamat. Kerana masa yang pergi tidak kan berulang kembali bagi menunggu kita.
**** 
Kalau dahulu cerita bab sekolah mesti korang terfikir pasal homework, experiment, dan bangun pagi. Ni lah perkara paling malas korang nak buat betulkan? Tapi korang pernah fikir apa yang terjadi sekiranya zaman persekolahan korang tamat?
         
Susah beb…

          Korang kenalah fikir soal kembungkan poket seluar yang dah nak kering ni. Memang susah. Kadang-kadang terfikir soal makan minum, duit belanja, sewa itu, bayar duit motor, kereta, bayar bil itu dan ini perh susah. Tu lah kenyataannya. Sampai masa aku terfikir lebih baik berada dibangku sekolah daripada berada di alam pekerjaan. Bila sekolah. Sibuk nak kerja, bila dah bekerja, nak pergi sekolah la pulak.


Saat berada disekolah tadika
 “mak taknak gi sekolah nak duduk rumah” dengan nada menangis dan melalak melaung tak nak pergi sekolah tadika.

Bila sekolah  rendah
“mak tak best lah sekolah rendah susah. Lagi best duduk tadika”

Bila masuk alam sekolah menengah
“wow rindunya pada sekolah rendah”

Bila tinggal sebulan nak tamat sekolah menengah
“wahaha tak nak tamatkan alam persekolahan”

Tibalah masa untuk memasuki alam pekerjaan
“tak suka! Susah! Benci! Penat! Aku nak balik ke alam persekolahan”

Tu lah rintihan yang akan keluar dari mulut seorang insan bernama manusia.
Inilah rutin harian yang akan kita lihat dan pamirkan di setiap ranjau kehidupan. Bukan senang nak hidup kalau tak tempuh kehidupan yang sukar lebih-lebih lagi yang mencabar
P/S: Duduk didalam hutan macam orang asli, Kalau duduk dekat Bandar, Macam orang nak bunuh diri, Kos sara hidup tinggi da…

DuNiA IkLaN