Kesusahan dan kesedihan tu sahaja yang mampu guwa luahkan. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan natijahnya dan setiap kejadian pasti ada Hikmahnya. Dalam kehidupan ini kita bukan berseorangan, ramai manusia yang menderita dengan kejadian yang telah berlaku contohya rakyat Gaza dan Palestin yang menderita sepanjang masa,
wahai anak bangsaku sedang kau sibuk gelak dalam kehidupanmu ingatlah bahawa mereka sedang menderita.
Wahai anak bangsaku sedang kau sibuk berjuang belajar, seronok dan gembira memegang kertas dan pena sedar dan bersyukurlah kepada tuhanmu sedang mereka disana belajar cara memegang senjata dan belajar untuk hidup mereka sering bertanya kepada diri mereka "adakah masih ada hari esok bagi mereka?"
Wahai anak bangsaku yang sibuk berkerja mengejar harta dan kekayaan hidupmu sedarlah bagkitlah dan bagunlah untuk menghulurkan sokongan serta kudrat yang ada untuk membantu mereka. Saban hari mereka bangun tidur bergegas kejalanan memegang senjata berupa batu batuan dan senapang untuk merejam dan menembak musuh mereka sehingga mereka tiada sedikit pun perasaan takut dihati mereka. Yang mereka inginkan adalah mati dijalan Allah dalam memartabatkan agama dan tanah air mereka.
Seringkali kita mengUPDATE di laman sesawang mengenai kehidupan seharian kita "guwa menghadiri kenduri kawin"..."saya berada di sini bersama..."..."hari ini makan apa eh??" tu lah kehidupan yang sering kita bangggakan tetapi kita terlupa untuk menjadikan laman sesawang ini sebagai medium untuk menyebarkan ilmu dan menjadikan laman sesawang ini sebagai medan tempur untuk penduduk Gaza dan Palestin. Jadi ayuh bangkit dan bulatkan suaramu wahai anak bangsa seagama denganku . Ayuh kita bertempur dengan kebangkitan yang bakal menjadikan dunia gerun apabila ISLAM bersatu.
Guwa tertarik dengan lagu dari
ROCKIN DAISY Kebangkitan Umah
walaupun lagu ini x menggambarkan singkronaisnya dalam band mereka tapi lirik lagunya untuk rakyat Gaza dan Palestin menyentuh hati dan perasaan guwa untuk berjuang lihat sahaja rangkap lagu ini yang guwa petik
Satu Persatu Kita Ditindas
Satu Dunia Bisu Tidak Membalas
Satu Suara Takkan Jelas Didengar
Satu Umat Barulah Tersebar
Engkau Tempur Dengan Senjata
Aku Tempur Dengan Tutur Kata
Biar Lain Cara, Lain Bahasa
Tetapi Arah Kita Sama Sahaja
Wahai kawan-kawanku lihatlah rangkap terakhir lagu ini engkau bertempur dengan senjata, aku bertempur dengan tutur kata biar lain cara lain bahasa tetapi arah kita sama... Jadi wahai sahabatku let Fight for Gaza Dan Palestin Aman Palestin dan Gaza.
Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud :
“Sesiapa minta mati syahid kepada Allah dengan kesungguhan, nescaya Allah akan menyampaikannya ke tingkat orang-orang yang mati syahid, walaupun dia mati di tempat tidurnya.” (HR Muslim)
Dan
Allahu Subhanahu wa Ta’ala berfirman yang bermaksud :
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (A-li’Imraan 3:169)