Thursday, July 4, 2013

KMM Di Hatiku (29/5/2013 part 4)


Sementara guwa tengah rajin nak update new entry ni guwa kasi habis kan dulu kisah KMM Di hartiku ni ya.
Lagu alunan tasha masyahar –cover price tag memang menyenangkan petang yang agak panas ni. Walaupun panas ia masih mampu menjana minda guwa yang sedang gigih membangun dan mengingati detik detik gembira bersama rakan rakan di KMM.

Bukan senang nak melupakan apa yang terjadi dan berlaku walapun telah lame berlalu tapi minda ini masih  menyimpan segala memori yang telah terjadi dan kadang kala tejadinya dejavo. Nak tau dejavo tu apa? pandai pandai lah korang search kat internet or kalau ada kamus sila la buka kalau siapa yang belajar psychology or doctor mungkin dah tahu la makna dejavo tu kot. Atau ada istilah lain guwa tak tahu le ya.

Seperti biasa bagi para sukarelawan bangun awal pagi, bukan lagi satu masalah  bagi mereka tetapi ia merupakan satu kewajipan bagi mereka untuk memulakan tugas yang penting dan mendapat faedah bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga ( macam ustaz lak guwa rasa bila buka entry ni dengan tazkirah). Dalam masa ini seperti biasa dengan keadaan guwa di rumah dan memang guwa dah manjakan sangat badan dan minda guwa untuk sedarkan diri sewaktu azan di laungkan jadi guwa buat tak endah je dengan pekikan kawan kawan guwa yang lain. Jam 5.40 azan di laungkan dan barulah guwa bangun menuju ke bilik air bersugi dan ambik wuduk. Nak mandi pepagi gini sejuk derr lebih baik guwa mandi ala-ala P.Ramlee, macam la korang tak tau kat matrik tu airnya sangat sejuk  macam ada ice dalam tangki air tu.









Dan lepas subuh ada tazkirah subuh tapi ramai sukarelawan mengambil kesempatan ni untuk bersiap dan pergi sarapan kat kafe B. dan jam 7.30 para sukarelawan  mengayuh basikal mereka menuju ke block masing masing bagi memastikan para pelajar baru dah bersedia untuk bergerak ke padang. Kadang kala kesian jugak guwa tengok pelajar ni jam berapa la mereka bersiap kadang kala ada yang bertanya

“bang sarapan sekejap boleh tak lapar la” nak je guwa bagi sindiran tapi disebabkan tak sampai hati nak marah pepagi supaya mood dia orang ni tak hilang guwa hanya mampu sebut

“dah lambat la dik tu la lain kali bangun awal sikit, leh sarapan pagi kat café. Okey.” Dengan hampa budak tu siapkan diri dan turun berkumpul.



Aktiviti yang sama bagi hari ini kerana aktiviti taklimat ringkas oleh ketua jabatan berlangsung. Kemudian interaksi .

Semua aktiviti berjalan sehingga jam 12 tengah hari .Disebabkan badan guwa kurang selesa berada di luar dari bilik laksamana kerana kepanasan yang ketara  guwa mengambil keputusan untuk terperuk dalam bilik laksamana bagi menghilangkan panas badan guwa yang semakin meningkat.




 Dan secara tidak semene-mene mata yang tadinya aktif  kian merundum dan guwa mula dibayani dengan sesuatu yang mampu melenakan guwa kini guwa terlepas dari dunia dan menjelajah ke dunia fantasi yang guwa create sendiri. dalam bahasa yang lebih ringkasnya guwa tertidur sebab keletihan. Tak letih sebenarnya tapi dah menjadi lumrah untuk mata ni terlelap seketika di tengah hari dan rutin di rumah untuk guwa tidur sekejap waktu waktu panas macam ni.  Dan selepas solat zohor guwa take a lunch at café B macam biasa la makan tengahari untuk mengisi perut yang dah berbunyi macam lagu pitbull yang rancak tu. Hehehe dengan kawan baik guwa yang selalu dengan guwa susah dan senang.
“we der ko dah makan lum? Jom lunch, guwa nak pitam dengan perut yang dah mengerutu tak tentu hala ni”

“jom aku pun lapar ni”

Dengan berteman si dia guwa naik basikal dan blah pergi ke café dan lunch.

Aktiviti petang jam dua petang macam biasa la program latihan dalam kumpulan(LDK) aktiviti yang sangat membuatkan guwa bosan dan guwa mengambil kesempatan meneliti gambar yang ada untuk guwa muatkan dalam montage yang guwa nak kene buat secepatnya sebab sekarang dah hari rabu dan guwa kene siapkan sebelum jam 7.30 malam hari jumaat untuk majlis penutupan program MPPB 2013/2014 guwa tersalah 
mention hari tu MPPB tu sebenarnya Minggu Pengurusan Pelajar Baru (every human make a mistake right?)

Dah jam 5.00 petang it time to have fun jom riadah kat padang walaupun guwa sibuk menghabiskan masa guwa di dalam bilik laksamana bukan bermaksud guwa harus duduk tanpa berbuat apa apa hanya sekadar mendiamkan diri dan membesarkan badan guwa yang tak berapa nak besar ni tapi guwa kenelah juga melatih badan guwa ni supaya cergas dan sihat dan dalam masa yang sama merakam saat indah kat KMM untuk kali terakhir. Huhuhu..



Petang ni riadah di serikan dengan aktiviti senam arobik, berseri sangat petang ni ya.  Ye ke seri tak Nampak pun serinya Nampak kelakar ada la. Dan semuanya berseronok dengan gembira (happy ending tak cerita ni) hahah dan seterusnya taklimat kakom yang disampaikan oleh cik azrin.

Di sebelah malam pulak aktiviti interaksi bersama felo block kediaman. Macam biasalah guwa dengan selamba badak selepas solat maghrib guwa dah gerak menuju ke bilik operasi untuk memilih gambar yang sesuai untuk di muatkan ke dalam montage guwa. sebenarnya lepas solat maghrib ada tazkirah lebih tepat lagi kuliah maghrib yang di sampaikan oleh ustaz pilihan hahaha. Nak suruh guwa berjalan ambik gambar malam malam ni memang guwa malas so guwa lepak kat bilik operasi je la.

dan semuanya selesai menjelang jam 10.30 malam. It Time for postmortem. Kat café B banyak jugak benda yang kurang stabil dan perlu di perbaiki dan disini masa untuk pembentangan

Ps: seterusnya sila tuggu …


DuNiA IkLaN