Tuesday, May 20, 2014

Ilmu Itu Sumber Kehidupa

berilmu tidak beramal seperti pokok yang tidak berbuah


Imam Ghazali
kitab minhajul a'bidin berkata 

"Ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia"

orng yg berilmu tetapi tidak mengetahu apa yang dipelajarinya sama seperti keldai yang membawa buku yang sarat dengan ilmu.

jangan pandai berhujah tapi amal tak seberapa

jangan cari ilmu untuk berhujah tetapi untuk berkongsi

jangan cari ilmu untuk riak, tapi cari ilmu untuk disampaikan

jangan cari ilmu untuk diri, sebarkan untuk bekalan akhirat nanti.

jangan pernah anggap orng yang tidak berserban dan pergi club itu bodoh tentang agama, malah anggap lah mereka belum mendapat hidayah.

jangan pandang orng yang baru memeluk islam itu jahil akan agama ketahuliah mungkin mereka lebih hebat dari kita.

Jangan pandang diri kita dah cukup hebat untuk perbaiki dan mengkritik pemikiran orng , jadilah orang yang merendah diri dan mendengar pendapat.

HEBATKAH ANDA UNTUK BERHUJAH DAN MENGKRITIK PERMIKIRAN ORANG LAIN SEDANG MEREKA TIDAK MELANGGAR HUKUM AGAMA ?

JANGAN MUDAH MEMBANTAH ORANG LAIN

ORANG BERHEMPAS PULAS BELAJAR KITAB TETAPI KITA TIDAK... SENANG-SENANG MENGANGGAP ITU SALAH..

PERGI LAH BELAJAR KITAB DAN ILMU...

BARU BISAR KITA BERDIKULSI...

Kehebatan lelaki

Wahai kaum ADAM

jangan asyik pemperingatkan wanita supaya menutup aurat dengan sempurna sedangkan aurat anda tidak di tutup rapi.

Lebih elok perbetulkan diri kita dahulu...
Belajar mengenai aurat dengan lebih mendalam... 

Ketahui batas aurat antara
Lelaki dengan wanita
Lelaki dengan lelaki
Lelaki dengan keluarga
Lelaki berusia dengan wanita

Wanita dengan lelaki
Wanita dengan wanita
Wanita dengan keluarga
Wanita beruaia dengan lelaki

Perlu tahu dahulu hukum hakam baru boleh berhujah

Hukum melabuhkan tudung
Hukum memakai purdah

Kenapa dan untuk apa ?
Perlu belajar dahulu baru boleh amal...

Anda kaun ADAM ketahuilah jangan disebab kan kita mengarahkan untuk melakukan kebaikan kita disumbat kedalam neraka kerana kita tidak mengamalkan

ISLAM TIDAK MENGHALALKAN CARA

sekadar berkongsi secebis ilmu dari manusia yang kerdil ini.. 

Pakai ketat ketat peluk erat erat

"Apa la perempuan ni pakai tudung tp baju ketat"

"Dia ingat dia cantik ke tak pakai tudung"

"Pakai baju pun mcm tak pakai baju baik x payah pakai baju"

" dah tahu dada tu besar labuh la kan tudung tu"

" Anak sapa la ni tak reti tutup aurat"

"Tak lulus ... baju dah longgar tp bahagian pinggang ketat"

Pernah terlintas di fikiran korang ayat macam ni.
guwa pun selalu berkecimpung dalam bab kutuk mengutuk ni

Tapi pernah tak terlintas dalam pemikiran bahawa mereka mengetahu lebih dari apa yang kita ketahui

Mufti ismail menk -mufti zimbabwe

"Apabila melihat wanita yang tidak menutup aurat mengikut syarak. Jangan pernah terlintas dihati menganggap iman dia lebih rendah dari kita. Jika anda melakukan demikian anda lebih rendah darinya. Percayalah ia merupakan apa yang diajar oleh agama kamu. Dia mungkin mempunyai hubungan dengan penciptanya lebih dari apa yang anda tidak tahu. Dia mungkin mempunyai hati yang lebih suci dari anda. Dia mungkin mempunyai satu kelemahan yang di tunjukan. Tetapi anda mempunyai 50 kelemahan yanh disembunyikan"

X perlu kritik orng Lebih baik kritik diri
Jangan mengutuk lebih baik menasihat
Jangan menghina lebih baik membina

Ps: hanya untuk diri ini yang selalu menyibuk hal yang tidak layak...terbaca dalam rencana bahasa inggeria mengenai mufti zimbabwe cuma diterjemah dalam bahasa melayu.

Selamat beramal

sahabat merah dan uggu

Buat TEMAN ku yang Merah dan Unggu

Dari sedalam mata jarum kedalam mata hati...

Wahai sahabatku...

Diam tidak bermaksud aku marah padamu...

Diam bukan bermaksud aku membencimu ...

Diam bukan bermaksud aku tidak suka padamu...

Diamnya aku supaya aku mampu berfikir adakah aku terbaik buat dirimu...

Wahai sahabatku...

Aku menjauhimu bukan kerana aku tidak sayang padamu

Aku menjauhimu bukan kerana aku jijik dengan dirimu...

Aku menjauhimu bukan kerana aku dendam denganmu...

Menjauhnya aku kerana aku takut aku terlalu bergantung padamu

Wahai sahabatku...

Aku hanyalah insan biasa...

Bukan kerana aku marah aku tidak menjawab panggilanmu

Bukan kerana marah juga aku tidak membalas pesananmu

Tetapi hati ini perlukan ketenangaan seketika demi menjadi sahabat yang terbaik buat dirimu...

Wahai sahabatku...

Dunia ini adalah tempat untuk berehat melepaskan penat dan lelah bagi menempuhi perjalanan yang panjang...

MAAFKAN aku jika diamnya aku dan menjauhnya aku menyingguk perasaanmu...

Dari segelumat hati yang ingin berbicara

Daripada sahabatmu,

1 tahun, 12 bulan, 30 hari dan semiggu

360 hari Allah beri kita sihat
Cuma 5 hari kita sakit
Kita mengeluh "ya Allah sakit apakah ini"

29 hari Allah beri kegembiraan
Cuma 1 hari Allah beri kedukaan
Kita mengeluh "ya Allah ujian apakah ini"

20 jam Allah beri kekenyangaan
Cuma 4 jam sahaja Allah beri kelaparan
Kita mengeluh "Ya Allah laparnya aku"

Tidak kah kita bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepada kita...

Sedangkan 360 hari Allah beri kita sihat 5 hari Allah beri sakit
29 hari Allah beri keseronokan
1 hari jep Allah beri kesedihan
20 jam Allah beri kekenyangan
Hanya 4 jam Allah beri kita kelaparan

Kita mengeluh kepada Allah... mengeluh dan terus mengeluh...

Sapakah kita...
Kita hanya Hamba Allah...
Sebagai Hamba perbanyakan bersyukur dari mengeluh...

Perbanyakan bersyukur ..

Dari segelumat hati yang ingin berbicara...

Lelaki dan Kemaluannya

Keutamaan kaum laki...

Lelaki...
Lelaki...
Lelaki...

Jika seorang lelaki yang menayangkan six packnya ...

Waupun menutup aurat dari pusat hingga ke lutut...

Dan jika ia mampu mengoda wanita yang bukan mahramnya...

Hukumnya...

Haram...

Kerana boleh meransang nafsu...

Kepada kaum lelaki jangan asyik memikirkan aurat wanita sedangkan aurat kita tidak dijaga

Peringatan untuk diri yang kian menghilang...

S.A.H.A.B.A.T

S.
A.
H.
A.
B.
A.
T

Satu perkataan..

Tujuh huruf...

Satu diluar dan didalamnya tujuh

Tetapi isinya beribu...

Buat sahabat yang duduk di sisi ini sedari kecil hingga besar...

Susah senang...

Turun naik ...

Kita tetap sahabat selamanya...

Sayang tak bermaksud cinta...

Dari hati ke lubuk sanubari dari ku...

Puasa Adalah satu Ibadah Wajib Bulan Ramadan

Zaman kanak kita...

Waktu dolu-dolu...

Waktu bulan puose kita duduk depan tibi waktu pagi. Kita tengok cita katon best sangat.

lepastu hidung kita gatal. kita rasa nak korek je hidung kita.

Tapi...

kita puosa...

Kita tak jadi korek hidung kita...
Kita picit picit hidung kita supaya hilang gatal...

Sakit hidung kita...

Bulan puasa ...

Menurut ulamak tak salah pun nak korek hidung time puasa... dibolehkan...

Had batal bagi memasuk kan sesuatu kedalam hidung adalah apabila sesuatu benda itu masuk melebihi tulang hidung...
cuba pegang hidung dan rasakan bonjolan pada hidung...
itulah had limid bagi batalnya puasa...

Bagi telinga...
sehingga melepasi gegendang telinga...

Batal kah puasa kita selepas ini???

Dari kuliah yang disampaikan...

Thursday, May 8, 2014

Suatu hari mama dan papa

Satu text msg masuk ke dalam iphone. 
Mamanya: "papa hari ni mama nak pakai baju unggu,papa pun sama ya?"
Papanya:"ala pakai la baju oren kan lagi cantik"
Mamanya:"Tak nak..." maknya membentak sambil menarik muka 
Papanya:"ok la kita pakai baju purple" papanya memujuk
Mamanya:"sukanya sukanya"mamanya menunjukan aksi gembira tidak terhingga
Papanya:"ok mama ,papa nak mandi lepastu nak bersiap pergi kelas"
Pada suatu malam sebelum ke pantai.
Abinya:"umi nanti kita pergi pantai ya"
Uminya:"nak pakai apa ya abi"
Abinya:"umi pakai tudung biasa je tak payah pakai tudung labuh. Kalau boleh purdah tu tak perlulah nanti kalau kene air basah nampak jugak"
Uminya:" boleh ke macam tu abi?"
Abinya: "tak percaya kat abi ke? Abikan ustaz"
Uminya:"baiklah abi"
Pernahkah korang merasa perkara seperti ini berlalu pada diri korang?? Bagi manusia berjiwa kental memang tak pernah. Tapi bagi segolongan manusia yang sedang hangat bercinta itu merupakan perkara biasa yang mereka lakukan.
Bukannya bila dah pakai umi abi korang dah boleh menidakkan agama. Ohhhh..  tidak... agama perlu diutamakan walau apa pun terjadi tak kira lah korang ustazah atau ustaz. Kononnya agama dalam tangan tetapi sebagai manusia kita pasti akan terlupa.
Dan perlu ingat dalam percintaan perlu ada batas dalam pergaulan. Bukan boleh pakai redah je macam naik kereta kebal.
Islam tidak menghalalkan cara
Ps: Post islamik ini hanya untuk diri ini yang memikirkan bila la guwa nak kawin ni

DuNiA IkLaN