Saturday, August 25, 2012

MONKEY in LOVE the last part


Guwa terpaksa menaggung penderitaan selama 4 bulan sebab kehilangaan beliau. Setiap saat dan ketika guwa ibarat gile bayang, menangis setiap malam (sebenarnya x pun) dan mengenangkan si dia. Dengan keazaman yang tinggi guwa terpaksa menjadikan hati guwa kental umpama dodol yang diadun dengan gule Melaka yang pekat dengan segala tomahan yang mendatang. Setiap waktu guwa dan beliau guwa amait. Setelah beliau ke sekolah Teknik guwa terus lost contact dengan beliau disebabkan terputusnya talian ini maka guwa pernah cuba menelefon rumah beliau tetapi mother in law said

“sorry la Naim, beliau belum balik lagi minggu depan balik”

dengan nada kecewa guwa membawa diri. Dalam kekecewaan ini guwa masih ingat lagu kesukaan yang beliau pernah bagi kat guwa lagu WITH YOU from CRIS BROWN setiap kali guwa dengar lagu ni pasti sayu hati guwa mengenangkan keadaan beliau. Sampai di satu tahap yang tahap gaban guwa solat bukan kerana Allah tapi Guwa solat sebab guwa ingin bersama beliau

“wahai hati solatlah kerana Allah, anggaplah kau bersolat bersama dia walaupun hati ini berat untuk melakukannya wahai hati yang gundah gulana jangan kau biarkan ianya mati disebabkan oleh perasaanmu yang melambai umpama sang bayu menepuk mendengar deruman dan seruan yang datang dan pergi, lalu mengejekmu untuk melakukan kemudaratan kepada penciptamu sendiri”

Setelah bulan ke 5 guwa akhirnya dipertemukan dengan seorang yang mampu membimbing guwa dan begitu setia dengan guwa. Beliau amat baik dan sangat sayangkan guwa. Setiap hari guwa rasa macam nak melihat beliau tersenyum dan setiasa nak membelai beliau siang dan malam dan beliau amat lembut budi bahasanya.(yang ni guwa tak pasti)  Umur beliau jauh berbeza dengan guwa pada waktu tu seingat guwa bezanya 3 or 4 tahun tahun dibawah guwa. Guwa akan panggil beliau ‘Ri ’ (bukan nama sebenar) dan perhubungan kami sungguh rapat beliau adalah adik yang paling baik. Tetapi perhubungan kami tak lama sebab guwa merasakan lebih baik beliau menjadi adik angkat guwa je la.

Dalam pada masa yang sama guwa menemui seseorang yang menambat hati guwa. Perjumpaan yang pertama antara guwa dan beliau sewaktu kami sesame pergi ke kursus gabungan  5 buah sekolah, kursus pembimbing rakan sebaya.  Perkenalan yang tidak disangka, beliau memerhatikan guwa dari semua sudut sehingga ketapa yang gaban, guwa tak berminat nak berkenan dengan mana perempuan time tu so guwa buat tak indah. Tapi diakhir kursus tersebut beliau meminta nombor guwa, guwa tak nak bagi tapi beliau kate bukan beliau nak tapi kawan beliau. Di camping tu jugak guwa bertemu dengan seorang budak MIX, memang lawa adan cantik namanya Syurin( bukan name sebenar) memang best gile ar dah lame guwa mencari akhirnya berjumpa. Tapi beliau terlalu mengedik dan terlalu mengongkog hidup guwa menyebabkan kebebasan guwa tertutop. Selepasa 3 bulan guwa CLASH OF THE TITEN dengan beliau.pernah beliau cuba untuk membunuh diri beliau sebab guwa meniggalkan beliau tapi guwa setel cara baik. Percintaan disambung oleh SI DIA.

 Wanita yang dahulunya membenci nama Naim sebab pernah ditinggalkan , seseorang yang dahulunya geli mendengar nama Naim dan dahulunya beliau adalah seseorang yang sangat jijik apabila nama naim disebut. Disebabkan kejadian beliau ditinggalkan oleh ayah kandung beliau bernama Naim, kerana seorang bernama Naim tak baik bukan bermaksud Naim yang lain turut terbabit.

Teringat guwa pesan seorang jemaah tablik kat tempat guwa
Kita sebagai manusia boleh menjadi dua sabab atas seseorang insan tersebut, yang pertama kita boleh menjadi  asbab  seseorang mendapat hidayah dan yang kedua kita boleh menjadi asbab kepad orang jauh dari hidayah Allah

Demi untuk membersihkan nama NAIM yang lain guwa terpaksa menggunekan pendekatan yang mendalam dan teratur supaya nama guwa BERSIH.

Berkemungkinan guwa tergolong dalam golongan pertama. Ape kenemengene dengan apa yang guwa tuliskan??

Cinta guwa bersama beliau menjadikan hati guwa tenang dan nyaman, beliau juga seorang peminat novel sejati macam guwa. Buku yang menjadi bual bicara guwa dan beliau adalah buku mengenai kisah kepahlawanan melayu Melaka, antara tajuk buku bukunya adalah

BAGAIKAN PUTERI RAMLEE AWANG MURSHID

CINTA SANG RATU RAMLEE AWANG MURSHID

HIJAB SANG PENCINTA RAMLEE AWANG MURSHID

CINTA SUFI RAMLEE AWANG MURSHID

SUTERA BIDADARI RAMLEE AWANG MURSHID

SUNAN MUSAFIR RAMLEE AWANG MURSHID

1515 FAIZAL TEHRANI

BIARAWATI QASEH PUTERI

HIKAYAT HANG TUAH

KETAMADUNAN MELAYU MELAKA

MUZIUM MELAKA

DAN SEMUA TEMPAT BERSEJARAH DI MELAKA  dijadikan topic perbualan guwa dan beliau.
Setelah berberapa tahun berkenalan, guwa bawak la jumpa dengan family guwa. Nampaknya tiada tentangan daripada ahli keluarga guwa. Mereka mengenali beliau dengan seadanya.
Setiap tahun guwa dan beliau mengamalkan tradisi berutus surat. Setiap surat hendaklah dihantar setiap kali waktu raya. Surat yang pasti membuatkan hati guwa sentiasa tersentuh dan layu di tangan beliau. Guwa tak pandai bermadah jadi guwa melakar beberapa keping gambar  dan send kepada si dia.
Teringat saat bersama beliau waktu SPM beliau sanggup datang kesekolah guwa selepas waktu sekolah sebab nak belajar sesama dengan guwa.

“wahai kekasih hati kite,hari ni nak belajar apa?”

“wahai buah hatiku, tidakku kisah nak belajar apa, yang penting kita mampu mencapai apa yang kita 
impikan”

“wahai pencinta diri kita, sampai sudah masa untuk kita menuju ke masaha hadapan yang lebih sempurna, kita tak sanggup menunggu masa hadapan kita yang tidak menentu dan tidak pasti”

“wahai pencita diriku, aku telah mengunci hati ini hanya untuk menunggu kau , mengetuk dan membuka kuncinya”

“wahai pencinta hati kite, saat dimasa hadapan kelak adakah kamu berjajnji untuk menunggu kite walaupaun usia mu telah menjangau usia tuamu”

“wahai sayangku, sampai kapan pun aku akan menunggu kau”

6 tahun telah berlalu cinta kepada beliau masih tersisa dan setelah guwa memperbetulan kesalahan diri guwa rupanya guwa tertinggal amanah ibunda guwa mengenai kehidupan didunia . ibunda guwa berpesa

“wahai anakdaku sekarang anakda telah menigkat dewasa dan semakn matang, wajahmu begitu indah dan ramai wanita memuajamu, jika kamu percantikan lagi dengan taat kepada Allah dan menyembahnya siang dan mala Pasti seluruh isi bumi mencintai mu”

Inilah pesaan ibunda guwa yang sempat guwa rakamkan dalam minda guwa setelah 2 tahun ibunda guwa meninggalkan guwa untuk bertemu dengan Sang Kaliq. Dan dalam merealisasikan impian ibunda guwa. Guwa telah memberitahu kepada beliau sepaya menunggu guwa jika beliau betul bersedia menerima guwa seadanya. Kerana guwa akan bertempuh dengan noda kejiwaan untuk bersama Sang Khaliq.

“wahai penuggu hati kita, adakah kamu bersedia menuggu kite saat ini, perjalanan kite yang jauh lagi berliku dan tidak berkesudahan, saat ini kite masih dalam pembelajaran insyaallah jika diberi kesempatan akan kite bertemu kamu”

“kekasih hatiku, kalau kita tidak dapat menunggumu di dunia insyaallah kita akan bertemu dipintu syurga”

“wahai kekasih hati kita, ingatlah pesanan kita andai kamu terlupa, cinta kepada Rasulullah adalah cinta yang suci, Cinta kepada Allah adalah cinta yang kekal abadi, sayangilah ibu bapa jangan kamu menjadi derhaka kepada mereka kelak neraka menjadi pilihanmu, hormatilah para ulamak seseuguhnya mereka penyuluh kepada kebenaran yang kian terpadan, hormatilah yang tua dan sayangilah yang muda, serta selalu ikhsan terhadap haiwan mahupun tumbuhan kerana mereka akan menyelamatkan kamu diakhirat kelak”

Begitulah noktah kisah percintaan guwa yang terakhir bersama beliau. Kekasih itu adalah seseorang yang sanggup menuggu walaupun dia dihambat pilu yang mencengkam jiwa.

Wahai sang Penciptaku, aku menunggumu disetiap siang dan malamku hanya untuk mencari keredaan kepada mu serta kasih sayang bersamamu dan kecintaan ku adalah untuk mencari keseronokan hidup bersamamu siang dan malam. Aku disini tidak akan menganjakan hatiku hanya untuk mu Ya rab ku.

No comments:

DuNiA IkLaN