Guwa terpaksa menaggung penderitaan selama 4 bulan sebab
kehilangaan beliau. Setiap saat dan ketika guwa ibarat gile bayang, menangis
setiap malam (sebenarnya x pun) dan mengenangkan si dia. Dengan keazaman yang
tinggi guwa terpaksa menjadikan hati guwa kental umpama dodol yang diadun dengan
gule Melaka yang pekat dengan segala tomahan yang mendatang. Setiap waktu guwa
dan beliau guwa amait. Setelah beliau ke sekolah Teknik guwa terus lost contact
dengan beliau disebabkan terputusnya talian ini maka guwa pernah cuba
menelefon rumah beliau tetapi mother in law said
“sorry la Naim, beliau belum balik lagi minggu depan balik”
dengan nada kecewa guwa membawa diri. Dalam kekecewaan ini
guwa masih ingat lagu kesukaan yang beliau pernah bagi kat guwa lagu WITH
YOU from CRIS BROWN setiap kali guwa dengar lagu ni pasti sayu hati guwa
mengenangkan keadaan beliau. Sampai di satu tahap yang tahap gaban guwa solat
bukan kerana Allah tapi Guwa solat sebab guwa ingin bersama beliau
“wahai hati solatlah kerana Allah, anggaplah kau bersolat
bersama dia walaupun hati ini berat untuk melakukannya wahai hati yang gundah
gulana jangan kau biarkan ianya mati disebabkan oleh perasaanmu yang melambai
umpama sang bayu menepuk mendengar deruman dan seruan yang datang dan pergi,
lalu mengejekmu untuk melakukan kemudaratan kepada penciptamu sendiri”
Setelah bulan ke 5 guwa akhirnya dipertemukan dengan seorang
yang mampu membimbing guwa dan begitu setia dengan guwa. Beliau amat baik dan
sangat sayangkan guwa. Setiap hari guwa rasa macam nak melihat beliau tersenyum
dan setiasa nak membelai beliau siang dan malam dan beliau amat lembut budi
bahasanya.(yang ni guwa tak pasti) Umur
beliau jauh berbeza dengan guwa pada waktu tu seingat guwa bezanya 3 or 4 tahun
tahun dibawah guwa. Guwa akan panggil beliau ‘Ri ’ (bukan nama sebenar) dan
perhubungan kami sungguh rapat beliau adalah adik yang paling baik. Tetapi
perhubungan kami tak lama sebab guwa merasakan lebih baik beliau menjadi adik
angkat guwa je la.
Dalam pada masa yang sama guwa menemui seseorang yang
menambat hati guwa. Perjumpaan yang pertama antara guwa dan beliau sewaktu kami
sesame pergi ke kursus gabungan 5 buah
sekolah, kursus pembimbing rakan sebaya. Perkenalan yang tidak disangka, beliau
memerhatikan guwa dari semua sudut sehingga ketapa yang gaban, guwa tak
berminat nak berkenan dengan mana perempuan time tu so guwa buat tak indah. Tapi
diakhir kursus tersebut beliau meminta nombor guwa, guwa tak nak bagi tapi
beliau kate bukan beliau nak tapi kawan beliau. Di camping tu jugak guwa
bertemu dengan seorang budak MIX, memang lawa adan cantik namanya Syurin( bukan
name sebenar) memang best gile ar dah lame guwa mencari akhirnya berjumpa. Tapi
beliau terlalu mengedik dan terlalu mengongkog hidup guwa menyebabkan kebebasan
guwa tertutop. Selepasa 3 bulan guwa CLASH OF THE TITEN dengan beliau.pernah
beliau cuba untuk membunuh diri beliau sebab guwa meniggalkan beliau tapi guwa
setel cara baik. Percintaan disambung oleh SI DIA.
Wanita yang dahulunya
membenci nama Naim sebab pernah ditinggalkan , seseorang yang dahulunya geli
mendengar nama Naim dan dahulunya beliau adalah seseorang yang sangat jijik apabila
nama naim disebut. Disebabkan kejadian beliau ditinggalkan oleh ayah kandung
beliau bernama Naim, kerana seorang bernama Naim tak baik bukan bermaksud Naim
yang lain turut terbabit.
Teringat guwa pesan seorang jemaah tablik kat tempat guwa
Kita sebagai manusia boleh menjadi dua sabab atas seseorang insan
tersebut, yang pertama kita boleh menjadi
asbab seseorang mendapat hidayah
dan yang kedua kita boleh menjadi asbab kepad orang jauh dari hidayah Allah
Demi untuk membersihkan nama NAIM yang lain guwa terpaksa
menggunekan pendekatan yang mendalam dan teratur supaya nama guwa BERSIH.
Berkemungkinan guwa tergolong dalam golongan pertama. Ape kenemengene
dengan apa yang guwa tuliskan??
Cinta guwa bersama beliau menjadikan hati guwa tenang dan
nyaman, beliau juga seorang peminat novel sejati macam guwa. Buku yang menjadi
bual bicara guwa dan beliau adalah buku mengenai kisah kepahlawanan melayu Melaka,
antara tajuk buku bukunya adalah
BAGAIKAN PUTERI RAMLEE AWANG MURSHID
CINTA SANG RATU RAMLEE AWANG MURSHID
HIJAB SANG PENCINTA RAMLEE AWANG MURSHID
CINTA SUFI RAMLEE AWANG MURSHID
SUTERA BIDADARI RAMLEE AWANG MURSHID
SUNAN MUSAFIR RAMLEE AWANG MURSHID
1515 FAIZAL TEHRANI
BIARAWATI QASEH PUTERI
HIKAYAT HANG TUAH
KETAMADUNAN MELAYU MELAKA
MUZIUM MELAKA
DAN SEMUA TEMPAT BERSEJARAH DI MELAKA dijadikan topic perbualan guwa dan beliau.
Setelah berberapa tahun berkenalan, guwa bawak la jumpa
dengan family guwa. Nampaknya tiada tentangan daripada ahli keluarga guwa. Mereka
mengenali beliau dengan seadanya.
Setiap tahun guwa dan beliau mengamalkan tradisi berutus
surat. Setiap surat hendaklah dihantar setiap kali waktu raya. Surat yang pasti
membuatkan hati guwa sentiasa tersentuh dan layu di tangan beliau. Guwa tak
pandai bermadah jadi guwa melakar beberapa keping gambar dan send kepada si dia.
Teringat saat bersama beliau waktu SPM beliau sanggup datang
kesekolah guwa selepas waktu sekolah sebab nak belajar sesama dengan guwa.
“wahai kekasih hati kite,hari ni nak belajar apa?”
“wahai buah hatiku, tidakku kisah nak belajar apa, yang
penting kita mampu mencapai apa yang kita
impikan”
“wahai pencinta diri kita, sampai sudah masa untuk kita menuju
ke masaha hadapan yang lebih sempurna, kita tak sanggup menunggu masa hadapan
kita yang tidak menentu dan tidak pasti”
“wahai pencita diriku, aku telah mengunci hati ini hanya
untuk menunggu kau , mengetuk dan membuka kuncinya”
“wahai pencinta hati kite, saat dimasa hadapan kelak adakah
kamu berjajnji untuk menunggu kite walaupaun usia mu telah menjangau usia tuamu”
“wahai sayangku, sampai kapan pun aku akan menunggu kau”
6 tahun telah berlalu cinta kepada beliau masih tersisa dan
setelah guwa memperbetulan kesalahan diri guwa rupanya guwa tertinggal amanah
ibunda guwa mengenai kehidupan didunia . ibunda guwa berpesa
“wahai anakdaku sekarang anakda telah menigkat dewasa dan
semakn matang, wajahmu begitu indah dan ramai wanita memuajamu, jika kamu
percantikan lagi dengan taat kepada Allah dan menyembahnya siang dan mala Pasti
seluruh isi bumi mencintai mu”
Inilah pesaan ibunda guwa yang sempat guwa rakamkan dalam
minda guwa setelah 2 tahun ibunda guwa meninggalkan guwa untuk bertemu dengan Sang
Kaliq. Dan dalam merealisasikan impian ibunda guwa. Guwa telah memberitahu kepada
beliau sepaya menunggu guwa jika beliau betul bersedia menerima guwa seadanya. Kerana
guwa akan bertempuh dengan noda kejiwaan untuk bersama Sang Khaliq.
“wahai penuggu hati kita, adakah kamu bersedia menuggu kite
saat ini, perjalanan kite yang jauh lagi berliku dan tidak berkesudahan, saat
ini kite masih dalam pembelajaran insyaallah jika diberi kesempatan akan kite
bertemu kamu”
“kekasih hatiku, kalau kita tidak dapat menunggumu di dunia
insyaallah kita akan bertemu dipintu syurga”
“wahai kekasih hati kita, ingatlah pesanan kita andai kamu
terlupa, cinta kepada Rasulullah adalah cinta yang suci, Cinta kepada Allah
adalah cinta yang kekal abadi, sayangilah ibu bapa jangan kamu menjadi derhaka
kepada mereka kelak neraka menjadi pilihanmu, hormatilah para ulamak
seseuguhnya mereka penyuluh kepada kebenaran yang kian terpadan, hormatilah
yang tua dan sayangilah yang muda, serta selalu ikhsan terhadap haiwan mahupun
tumbuhan kerana mereka akan menyelamatkan kamu diakhirat kelak”
Begitulah noktah kisah percintaan guwa yang terakhir bersama
beliau. Kekasih itu adalah seseorang yang sanggup menuggu walaupun dia dihambat
pilu yang mencengkam jiwa.
Wahai sang Penciptaku, aku menunggumu disetiap siang dan
malamku hanya untuk mencari keredaan kepada mu serta kasih sayang bersamamu dan
kecintaan ku adalah untuk mencari keseronokan hidup bersamamu siang dan malam. Aku
disini tidak akan menganjakan hatiku hanya untuk mu Ya rab ku.