Kenduri kendara seringkali menjadi adat dan resam masyarakat kita zaman kini dan yang pasti kenduri kendara akan diadakan mengikut kemampuan seseorang individu itu. Kenduri kendara yang di adakan mampu mengeratkan silaturahim antara kita dengan orang ramai dan juga saudara mara kita yang jauh.
“eh tipah kau pun ada? Kau kenal ke tuan rumah ni? Dia sepupu aku.”
“kenal le dia Mak sedara aku.” Jawab tipah selamba.
Ni ha yang akan terjadi. Kadang kadang kita sendiri tak kenal sepupu,mak sedara, pak cik, adik ipar, yang kita tahu dia kawan kita. Tahu-tahu dia saudara kita. Itulah tujuan kenduri diadakan. Memang susah dan kekok tapi itulah reality kehidupan bukannya fantasi semata-mata.
****
Hari ni memang ada kenduri kendara dirumah jiran aku. Bukan jiran sebenarnya lebih kepada nenek saudara. Ye la orang buat kenduri jemputan mengalahkan orang buat kerja kahwin. Ramai sangat. Tapi aku rasa kenduri ni bukan mengeratkan silaturahim tetapi lebih kepada aktiviti mengumpat dan gossip panas. Perempuan terutamanya. Kalau lelaki lebih kepada isu politik tak pun isu sapa gile kuasa kat kampong beliau. Macam tu la kisahnya berulang ulang. Orang datang kenduri nak membuat kebajikan tapi yang dapat sebaliknya. Tak ke berdosa?
“kiah kau tengok anak mak cik Limah tu dia dah mengandung ,dah le tu belum kawin pulak tu”
“ha??? Mak limah beranak sulung??? Dia kawin ,anak kembung ???”
Tu la gossip yang mereka bawak. Ssusah susah. Kadang kadang aku malas nak pergi kenduri pasal aktiviti yang mereka lakukan. Silap-silap haribulan aku pulak yang dapt bala hasil umpatan dia orang.
Tak pe lah abaikan je le…
Lepas kenduri aku duduk melepak. Hadap newspaper perdana kisah tentang ‘STONEHENGE’ korang mesti pernah dengarkan? Mula aku fikir benda ni merepek tapi memang merepek la sebab kate akhbar ni stonehengedibina oleh makhluk asing. Boleh percaya ke? Kalau aku la Stonehenge ni lebih kepada seni bina masyarakat zaman dahulu. Zaman yang paling nyata zaman neolitik . memang susah nak rungkai bendani sebenarnya ye la kita pun tak tahu macam mana dia di bina tapi yang paling aku kelakar pasal ‘friar’s heel’. friar’s heel ni dikatakan dibawa oleh jembalang ke daratan salibury. Salah satu batu terjatuh dan terus terpacak di situ. Dan pada ketike itu seorang paderi bernama friar melihat kejadian itu dan jembalang tersebut membalingkan batu tersebut dan terus terkene tumit kaki padre berkenaan dan terjadilah batu berbentuk tumit. Macam cerita si tanggang cuma versi dan jalan cerita berbeza.
Bagi aku la batu frair’s heel ni seebenar nya merupakan sepihan meteor yang berbentuk bujur tetapi disebabkan batu tersebut memasuki ruang angkasa dia kan memancarkan cahaya(api) dan berpecah-belah dan sepihan tersebut telah membentuk tumit kaki. Dan kisah paderi ni pulak aku tahu kenapa sebab dia nak dapat nama konon nya dia dah halau jembalang. Ingat lagikan buku sejarah tingkatan 4 kisah golongan gereja mengongkong pemikiran rakyat dan menjadikan golongan kaya terus menjadi kaya dan golongan miskin di tindas??? Itulah kisah yang paling tepat kalau betullah.
Kisah macam ni kadang kadang kalau nak fikir dalam-dalam pun susah sebab kita hidup jauh 2500 tahun dengan mereka jadi agak sukar untuk meramal. Tapi ni la testimoni aku mengenai batu ni.
kalau la ada mesen masa nak je aku tunjukan keadaan masa tu kat ahli saintis ni supaya tahu mengenai perkara ni. Bukan senang tau. Aku nak buat mesen masa …hahah tunggu la sampai tua mesti tak siap punya. Aku ni banyak menggunakan perkataan KALAU …kalau ini , kalau itu…cikgu aku sampai marah sampai dia kate kat aku
“kau ni kejap kalau, keja-kejap kalau, kau nak sebut perkataan kalau.. duduk kat atas pokok petik rambutan kunyah tu lagi sedap” hujah cikgu aku…
Hahah ingat lagi aku sampai sekarang . memang susah jadi dewasa best lagi duduk kat sekolah tak payah fikir duit,rumah, minyak kereta, dan duit api air… tahu-tahu ada orang bayar.
P/s:kepada rakyat jelata sekalian nama dan semua hal di dalam ni merupakan coretan semata . tiada kene mengene dengan pihak berkuasa. Kalau terkene tu paham-paham sudah.
No comments:
Post a Comment