Thursday, July 4, 2013

KMM Di Hatiku (29/5/2013 part 4)


Sementara guwa tengah rajin nak update new entry ni guwa kasi habis kan dulu kisah KMM Di hartiku ni ya.
Lagu alunan tasha masyahar –cover price tag memang menyenangkan petang yang agak panas ni. Walaupun panas ia masih mampu menjana minda guwa yang sedang gigih membangun dan mengingati detik detik gembira bersama rakan rakan di KMM.

Bukan senang nak melupakan apa yang terjadi dan berlaku walapun telah lame berlalu tapi minda ini masih  menyimpan segala memori yang telah terjadi dan kadang kala tejadinya dejavo. Nak tau dejavo tu apa? pandai pandai lah korang search kat internet or kalau ada kamus sila la buka kalau siapa yang belajar psychology or doctor mungkin dah tahu la makna dejavo tu kot. Atau ada istilah lain guwa tak tahu le ya.

Seperti biasa bagi para sukarelawan bangun awal pagi, bukan lagi satu masalah  bagi mereka tetapi ia merupakan satu kewajipan bagi mereka untuk memulakan tugas yang penting dan mendapat faedah bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga ( macam ustaz lak guwa rasa bila buka entry ni dengan tazkirah). Dalam masa ini seperti biasa dengan keadaan guwa di rumah dan memang guwa dah manjakan sangat badan dan minda guwa untuk sedarkan diri sewaktu azan di laungkan jadi guwa buat tak endah je dengan pekikan kawan kawan guwa yang lain. Jam 5.40 azan di laungkan dan barulah guwa bangun menuju ke bilik air bersugi dan ambik wuduk. Nak mandi pepagi gini sejuk derr lebih baik guwa mandi ala-ala P.Ramlee, macam la korang tak tau kat matrik tu airnya sangat sejuk  macam ada ice dalam tangki air tu.









Dan lepas subuh ada tazkirah subuh tapi ramai sukarelawan mengambil kesempatan ni untuk bersiap dan pergi sarapan kat kafe B. dan jam 7.30 para sukarelawan  mengayuh basikal mereka menuju ke block masing masing bagi memastikan para pelajar baru dah bersedia untuk bergerak ke padang. Kadang kala kesian jugak guwa tengok pelajar ni jam berapa la mereka bersiap kadang kala ada yang bertanya

“bang sarapan sekejap boleh tak lapar la” nak je guwa bagi sindiran tapi disebabkan tak sampai hati nak marah pepagi supaya mood dia orang ni tak hilang guwa hanya mampu sebut

“dah lambat la dik tu la lain kali bangun awal sikit, leh sarapan pagi kat café. Okey.” Dengan hampa budak tu siapkan diri dan turun berkumpul.



Aktiviti yang sama bagi hari ini kerana aktiviti taklimat ringkas oleh ketua jabatan berlangsung. Kemudian interaksi .

Semua aktiviti berjalan sehingga jam 12 tengah hari .Disebabkan badan guwa kurang selesa berada di luar dari bilik laksamana kerana kepanasan yang ketara  guwa mengambil keputusan untuk terperuk dalam bilik laksamana bagi menghilangkan panas badan guwa yang semakin meningkat.




 Dan secara tidak semene-mene mata yang tadinya aktif  kian merundum dan guwa mula dibayani dengan sesuatu yang mampu melenakan guwa kini guwa terlepas dari dunia dan menjelajah ke dunia fantasi yang guwa create sendiri. dalam bahasa yang lebih ringkasnya guwa tertidur sebab keletihan. Tak letih sebenarnya tapi dah menjadi lumrah untuk mata ni terlelap seketika di tengah hari dan rutin di rumah untuk guwa tidur sekejap waktu waktu panas macam ni.  Dan selepas solat zohor guwa take a lunch at café B macam biasa la makan tengahari untuk mengisi perut yang dah berbunyi macam lagu pitbull yang rancak tu. Hehehe dengan kawan baik guwa yang selalu dengan guwa susah dan senang.
“we der ko dah makan lum? Jom lunch, guwa nak pitam dengan perut yang dah mengerutu tak tentu hala ni”

“jom aku pun lapar ni”

Dengan berteman si dia guwa naik basikal dan blah pergi ke café dan lunch.

Aktiviti petang jam dua petang macam biasa la program latihan dalam kumpulan(LDK) aktiviti yang sangat membuatkan guwa bosan dan guwa mengambil kesempatan meneliti gambar yang ada untuk guwa muatkan dalam montage yang guwa nak kene buat secepatnya sebab sekarang dah hari rabu dan guwa kene siapkan sebelum jam 7.30 malam hari jumaat untuk majlis penutupan program MPPB 2013/2014 guwa tersalah 
mention hari tu MPPB tu sebenarnya Minggu Pengurusan Pelajar Baru (every human make a mistake right?)

Dah jam 5.00 petang it time to have fun jom riadah kat padang walaupun guwa sibuk menghabiskan masa guwa di dalam bilik laksamana bukan bermaksud guwa harus duduk tanpa berbuat apa apa hanya sekadar mendiamkan diri dan membesarkan badan guwa yang tak berapa nak besar ni tapi guwa kenelah juga melatih badan guwa ni supaya cergas dan sihat dan dalam masa yang sama merakam saat indah kat KMM untuk kali terakhir. Huhuhu..



Petang ni riadah di serikan dengan aktiviti senam arobik, berseri sangat petang ni ya.  Ye ke seri tak Nampak pun serinya Nampak kelakar ada la. Dan semuanya berseronok dengan gembira (happy ending tak cerita ni) hahah dan seterusnya taklimat kakom yang disampaikan oleh cik azrin.

Di sebelah malam pulak aktiviti interaksi bersama felo block kediaman. Macam biasalah guwa dengan selamba badak selepas solat maghrib guwa dah gerak menuju ke bilik operasi untuk memilih gambar yang sesuai untuk di muatkan ke dalam montage guwa. sebenarnya lepas solat maghrib ada tazkirah lebih tepat lagi kuliah maghrib yang di sampaikan oleh ustaz pilihan hahaha. Nak suruh guwa berjalan ambik gambar malam malam ni memang guwa malas so guwa lepak kat bilik operasi je la.

dan semuanya selesai menjelang jam 10.30 malam. It Time for postmortem. Kat café B banyak jugak benda yang kurang stabil dan perlu di perbaiki dan disini masa untuk pembentangan

Ps: seterusnya sila tuggu …


Wednesday, July 3, 2013

KMM Di Hatiku (28/5/2013 part 3)


Untuk menjadikan diri guwa ni bagus and excellence dalam bebahasa (nak kate bagus tu tak la tapi nak di perbaiki sebutan dan maghraj English amarica and maghraj british bukan senang) dan untuk memahirkan diri guwa menguasai bahasa inggeris guwa kene lah belajar dari yang pakar dan bukan setakat belajar je yang diperlukan. Practice pun perlu jugak sebab kalau tak practice macam mana nak mahir kan? Jadi guwa buat jadual waktu yang guwa boleh ikut untuk mebahagikan masa guwa di rumah dan diluar rumah serta kelas-kelas yang bakal guwa pergi selepas ini. Cukup –cukup sampai di sini memori tercipta melebih lak guwa ni (buat muka annoying sikit) guwa nak sambung balik bercerita mengenai pengalama yang belum guwa habiskan lagi  susah betul bile buat entry sambung menyambung ni …

Keadaan di kolej berjalan sangat lancar dan kemeriah dimulakan dengan bismillah. Harusla guwa nak mula pagi guwa dengan ceria bukan dengan masam muka. Disebalik pagi yang dingin dan sukar bagi guwa untuk bangun pagi ni ramai facilitator dah start bangun seawal jam lima 5 pagi . di waktu dan ketika ni guwa  masih di buai mimpi indah lagi memberangsangkan minda untuk terus melelapkan mata sehingga ke azan subuh di KMM berkumandang. Facilitor lain bertungkus lumus mengejutkan pelajar yang lain supaya turun dan solat berjemah di surau tap bagi  guwa macam biasa la masih lagi di bilik sehingga azan subuh menggegarkan cuping telinga  baru guwa gerak gi surau. (okey la dari tak pergi ) dan selepas solat subuh ada lah sedikit kuliah dari abang facilitator kita (sory no picture allow) boleh je ambik gambar tapi malas.

Seawal jam 7.00 pagi para facilitator dah start their work dengan sarapan pagi di kafe B. walaupun hari hari makan makanan yang tidak sesedap makan masakan di rumah tapi terpaksa lah makan untuk mengisi perut yang  kekosongan supaya tak masuk angin.

Pada jam 7.30 pagi para facilitator dah bergerak pergi ke asrama yang di tetapkan untuk menguruskan pelajar supaya beratur dan memberi maklumat tambahan kepada pelajar mengenai KMM dan juga menguruskan pelajar supaya masuk ke dalam perhimpuanan harian dengan lebih lancar.

Tidak seperti tahun tahun lalu tahun ni berbeza sikit dan di perbaharui tiada lagi senam arobik tetapi digantikan dengan taklimat ringkas daripada ketua-ketua jabatan . bagi guwa lebih baik buat senaman pagi dari mendengar taklimat yang amat membosakan dan sungguh mengantuk . aktiviti pagi ini diteruskan lagi dengan sesi interaksi. Interaksi lagi naik meluat lak aku dengan interaksi ??

Tak pe la interaksi pun interksi la janji ada aktiviti

Di sebelah petang pulak semua pelajar terpaksa menghadirkan diri ke aktiviti latihan dalam kumpulan LDK katenya!!! hah engkau, keluar Mak Jemah sekejab. sesi LDK ni untuk kenal mengenal antara satu sama yang lain demi membentuk ukhwah sesama pelajar (dah macam doctor falsafah guwa rasa)


Sebelah petang diteruskan dengan Vocal bukan sekadar rupa. Sesi uji bakat bersama dengan cikgu kesayangan korang  Cik Azrin dan Pn salwani memang mengembirakan. Gempak ar.



Di sebelah malam aktiviti yang rancak dan berbaloi Oh My KMM ye ke? Oh My KMM aku ni memandai je. Aktiviti seterusnya adalah Iteraksi mmm interaksi ke berapa guwa tak ingat tapi nama interaksi tu KMM DIHATIKU. Setelah guwa menanya kenapa mesti adakan sesi KMM DI HATIKU ni sebelum ni tak de pun dan maklum balas yang guwa terima 




“kita ingin menerapkan semangat cinta akan KMM supaya pelajar tidak pulang ke rumah tiap tiap minggu” 

jawapan yang sungguh memberangsangkan minda guwa. Dan aktiviti pada hari ini tamat sebenarnya semua aktiviti dah habis Cuma aktiviti facilitator je belum lagi selepas semua aktiviti selesai para sukarelawan berkumpul di kafe B untuk Postmortem macam CSI lak rasanya siap bedah membedah lak ni. Dan lepas jam 11 malam para sukarelawan ni bergerak ke bilik asrama masing masing untuk LIGHT OFF  pernah ke kat KMM ada Light off ?? saje jerr buat supaya budak budak ni mampu bangun awal pagi ok sampai di sini saja untuk part ni k sehingga berjumpa di lain entry.


Ps: sory lamabat sebab banyak kerja sebenarnya dah boleh post cuma gambar cari tak jumpe...

Wednesday, June 5, 2013

KMM Di Hatiku (27/5/2013 part 2)


Dalam keseronokan bekas budak budak KMM bercuti untuk sekian lama guwa dan team guwa berpenat lelah menyiapkan  segala kelengkapan dan kemudahan yang diperlukan oleh pihak matrik...seharian berkerja keras bagi kelancaran program kite orang, sungguh memenatkan baru hari pertama belum hari yang lain...

imbas kembali detik mula mula masuk KMM dulu korang memaki hamun budak facilitator sebab lambat buat kerja tapi korang tak tahu macam macam hal di sebalik tabir mengenai apa yang terjadi dan  macam macam benda yang yang menjadi asbab kepada permasalahan ini salah satunya kekurangan kakitangan kerja untuk sesuatu tempat fasi yang dah lantik menarik diri dengan pelbagai alas an yang nak dikatekan munasabah tu mungkin tapi ada yang tak munasabah umpamanya

“maaf cikgu saya dah kerja”

“saya tak dapat cuti la cikgu boss tak bagi”

“cikgu minggu ni ada rumah orang kawain nenek sedara nye anak nak kawin”

“cikgu gaji saya lagi banyak kat sini kalau kat matrik dapt elaun banyak tak?”

Keluahan para sukarelawan yang dah dilantik pun dah macam ni macam mana pulak keluhan budak budak yang dalam senarai menunggu mesti lagi banyak alasan

Back to our topic hari pertama memang sesak dengan lalu lintas yang padat dan tak tertanding banyaknya kereta masa tu memng x dapat nak di gambarkan

sebenarnya ada jerr dalam bentuk gambar

ni gambarnya…
                        

guwa nak bawak korang round satu kolej guwa dan apa yang terjadi sepanjang hari ni

pelajar yang datang bukan nya sedikit lebih kurang 2000 orang kesemuanya tapi tu nilai bagi pelajar tak termasuk mak bapak dia orang yang datang time tu ada jerr yang bawak datuk dan nenek sambil melepak-lepak kat bawah pokok bersenag menunggu cucu mereka mendaftar and some family tu bawak sampai tiga kereta semata-mata untuk hantar anak mereka ke KMM mmm macam nak hantar rombongan meminang dah…

let see gabar ni pelajar KMM yang menjadi icon kepada majlis pendaftaran pelajar baru sesi 2013/14 dari awal sampai akhir dia ni la menjadi targeted juru foto kami
proses pendaftaran yang berlangsung bermula dengan

semakan document


pendaftaran online


pengambilan gambar kad matrik



pengambilan kelengkapan

pengambilan kunci bilik
                                             

dan sampai ke bilik



sungguh seronok budak ni ambik gambar ya..

next destination ke surau KMM surau ibadurahman masih ingatkah dikau pada surau yang terindah ini hammm ingatkan???? jom terjah apa ada kat surau ni
di surau berlangsungnya program taklimat waris yang dikelolakan oleh Mdm. Rahmah kenal kerr ???Korang sory la gambar x sempat nak ambik tapi kalau nak kenal sila semak laman web KMM yang tertera unit sains computer mesti jumpe punya lah




aktiviti jam 11 pagi berlangsung taklimat waris sesi 2 bagi pelajar perempuan kat sini lagi ramai dari di surau dan bahang dewan brtambah tambah kuatnya. Boleh pengsan guwa yang terpaksa merakam ucapan pengarah time tu mana taknya panas dan bahang dewan yang tidak ber air-corn tu .



di sebabkan kepenatan jam 2. Petang guwa berhenti merakam segala ucapan yang berlangsung sebenarnya guwa kene rakam taklimat waris sesi ke 3 tapi tempat dan situasi yang sama menyebakan guwa dan team guwa duduk di unit bagi megenal pasti video dan gambar yang perlu di edit dan di muatkan kedalam portal ooo lupa nak ingatkan kat sini dah tersedia portal KMM https://sites.google.com/a/kmm.matrik.edu.my/mppb-1314/ ni link dia gambar yang terakhir dah di upload ya


berhadapan dengan camra dan laptop sepanjng hari meletihkan dengan ruang yang sempit terpaksa la buat kerja dengan berhimpit kerja di jalankan di unit fizik pada mulanya dan kemudian di sebalah malam dipindahkan ke bilik laksamana dibawah unit math ingat lagi ke???


pada sebelah petang sesi riadah bermula dengan latihan kelas vocal bersama cikgu azin memang kelaka …macam biasa tiga lagu utama lagu negaraku, Melaka maju jaya dan lagu yang dibanggakan lagu KOLEJ MATRIKULASI MELAKA


sepatut nya lelaki kene pakai baju merah hitam dan perempuan kene pakai baju merah kuning tapi guwa tak pasti kenapa dua mamat india ni pakai baju wanita kemuskilan di situ adakah mereka tak faham atau tertukar jantina??



facilitator pun tak terlepas dalam sedutan ini ya baru gempak...kekning ^^




 di sebelah malam aktivitu bersama ketua felo untuk melunaskan aktiviti sesi interaksi 1 taklimat blok kediaman … tu jel lah aktiviti yang berjalan sepanjang hari ni  macma mana best tak hari ni hari seterusnya esok ya heheh

   
gambar guwa mana boleh terlepas ...dah le tak banyak dalam foto asik sebuk memanjang denga video cam yang berat dan besar kedabak tu ... sekali sekala kasi keluar sikit ....





kesian pelajar perempuan kali ni kene pakai tudung bawal tu selama seminggu boleh tak bayangkan betapa harumnya bau tudung bawal yang mereka pakai selepas seminggu jadi tunggu sedutan seterusnya apa yang terjadi kepada tudung bawal yang berwarna kelabu ni ya....

p/s: gurau jerr jagan ambik hati ya...^^


Sunday, May 26, 2013

KMM Di Hatiku (26/5/2013 part1)


Pemulaan memang terasa susah tapi bila dah lame akan biasa… kate orang tua ala bias tegar biasa
Permulaan penapakan guwa di KMM mulanya terasa agak beras sebab macm macam benda yang guwa  fikir tapi dah menjadi tugas dan tanggung jawab guwa untuk melaksanakan rugas sebagai seorang PENDOKUMANTASI  so I have to be ready for anything happened  right??

Banyak sangat kenagan yang  bermain di minda bila guwa apabila berada di sini untuk sehari ni semua perkara yang lalu menari nari mengikut alunan lagu bulletprove memang sebak it same to go with other…
Guwa diletakkan di bilik C 5.1.8 yang dekat dengan surau Alhamdulilah ada jugak jam besar yang akan mengejutkan guwa untuk solat subuh nanti tak payah set alam phone membazir battri je satu hal yang buat guwa gelak dan terperanjat dengan kondisi bilik yang agak pelik dari kondisi awal yang sepatutnya dan langsir KMM yang baru di gantungkan lebih pendik dari yang dulu ni mesti kes pelajar lepas yang asik keluarkan lebihan kain langsir keluar  dari tingkap sehingga kain menjadi pudar dan pengarah mengarahkan untuk menendekkan kain langsir, kah!!kah!!kah!!

Ok cukup untunk leteran yang panjang sebenarnya  tugas guwa minggu ni adalah untuk menceritakan detik detik pendokumntasian yang berjalan sepanjang minggu MPPM di KMM.
Tahu tak MPPB tu apa sebut memang tahu tafsiranya macam macam boleh jadi kan? MPPB is stand  for MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BARU Kolej Matrikulasi Melaka dan ianya berjalan serentak di  seluruh Matrikulasi seantero Malaysia.

 Permulaan perjalan pelajar akan direkodkan di satu laman kahs matrikulasi ya bersedia untuk guwa bagi link esok so korang boleh tahu perjalan pelajar baru macam mana. Tahun ni dengan kepimpinan baru dan agenda yang baru KMM telah meletakan satu moto baru di mata pelajar yaitu

“KMM DI HATIKU”

Supaya pelajar setia menjadikan KMM sebaga rumah kedua bagi mereka.
Sebentar tadi baru berlangsung taklimat mengenai tugas dan tanggung jawab sebagai seorang fersalitator tapi bukan untuk guwa sebab guwa punya job specific sikit berbanding yang lain guwa di tugaskan untuk menyiapkan dua buah video dan sebuah Montag bagi member impak kepada para pelajar baru yang masuk ke KMM dan bukan itu sahaja team guwa juga harus menyiapkan satu laman sesawang yang memaparkan detik detik di KMM.

Team guwa tak ramai pun hanya 6 orang semunya 3 juru foto seorang pengupdate laman sesawang dan dua orang video editing.



Sebentar tadi taklimat mengenai  tugas dan tanggungjawab yang dikendalikan oleh cikgu faizal di Dewan Kuliah 1 memang kelakar buat semua sukarelawan terbahak bahak ketawa dan memang enjoy gile salah satu babak yang buat guwa gelak



“esok awak semua harus senyum walau apapun terjadi supaya menjadi model kepada pelajar baru Nampak ibu bapa yang datang senyum …biau mak orang tu cakap budak ni nak mengorat aku ke (dengan muka seriusnya)..kite semua  kene senyum…dengan pensyarah pun senyum… kene marah pun senyum”

Waktu ni kalau korang tengok muka dia dan gaya dia berucap pasti korang gelak habis la dan
seterusnya di sambung oleh Puan anita as usual memang serius gila, Pn Anita memang tak suka pakai mic dan tadi dia guna mic buat telinga gawa nak tercabut mendengar lantunan suara lunaknya

cukup dulu sampai di sini penceritaan guwa Esok adalah langkah pertama dalam pembuatan grafik bermula jadi malam ini guwa kene la tidur agak awal sedikit untuk memeulakan tugas baru sebagai seorang pendokumantasi


Ready for work kekening ^^

Thursday, May 23, 2013

Good Morning Malaysia


Morning Malaysia on Dunia fantasi kita

Kesejukan pagi yang memberansangkan minda guwa untuk menulis entry baru untuk blog gua bukan mudah untuk menulis Cuma perlukan masa untuk berfikir.

Dalam dunia pePromoteran pekerjaan ini adalah satu perkerjaan yang guwa rasa mencabar minda dan kradebiliti guwa sebagai seorang yang aktif dalam menyakinkan orang untuk membeli tapi agak sukar bagi seseorang yang tidak banyak mulut dan pemalu.

Nak malu apa dunia ni macam macam ragam hari ni berita lain esok sampai berita lain hari ni kawan esok dah jadi lawan. Hebat tak hebat permainan dunia dengan hanya satu ayat semuanya mampu terjadi . kadang kala dalam minda guwa menari nari bermacam-macam benda ang guwa rasa tak wajar ada pada seseorang lelaki yang berumur 29 tahun bergaduh dengan budak perempuan umur 18 tahun, sory guw masih muda ni umur seorang mamat kat tempat kerja guwa yang perangainya mengalahkan anak kecil.

Apa salahnya kalau ko mengalah dan bagi jer budak kecik tu menang. Guwa tak faham la guwa hanya mampu melihat. biarkan dia dengan urusan dia bukan urusa guwa selagi dia  tak menggangu periuk nasi guwa dalam mencari rezeki itu guwa tak kisah.

Kadang kala pasal customer pun boleh bertekak.

‘sial la mulut ko macam babi pasal ko customer aku lari. Ko buat muka sial ko depan customer aku asal sial la purempuan murah la ko ni kan’

‘ko apa hal aku tak kacau ko pun la oiii bajet la ko depan customer nak tunjuk kuat macam ko hebat sangat’

Customer hanya mampu mengelengkan kepala.

Boss merah padam mukanya menahan malu

guwa duduk kat tepi mendiamkan diri. Nak campur bukan urusan guwa buat apa lantak korang la yang penting korang tak kacau guwa sudah.

Dan sampai sekarang ayat

Aku bencia kau sampai aku mapus.. menjadi perbulan hangat

Ayat ni pun dah buat dua dua tak bertegur sapa

Semacam je  guwa tengok  tapi bagi guwa ape nak gaduh gaduh remeh dan macam budak budak betul jadilah profesioan dalam semua urusan. business is business don’t mix it with personal because it will make you un professional in your career.

Sebenarnya takde benda yang guwa nak kongsi Cuma nak cari isi masa lapang guwa menaip sambil menelita apa kerja guwa yang seterusnya di pagi hari ni …

Thursday, May 2, 2013

Melacca Matriculation collage 2011/2013 PDT D21P2



Dah dua hari guwa meninggalkan Kolej Matrikulasi Melaka yang banyak menyimpan suka duka pahit dan getir bersama kawan-kawan guwa dekat KMM nak dikatekan sedih tu memang ada tapi apakan daya pertemuan dan perpisahan pasti akan berlaku …sambil mendengar lagu Graduation (friend forever) by vitamin c guwa nak tulis entry tentang Matrikulasiton college guwa dan pengalaman yang guwa dapat at this intitution..

Di saat mengelamun panjang dua hari ni guwa asik teringat kat kawan-kawan guwa apelah perkerjaan mereka sekarang. Terutama kawan-kawan yang rapat dengan guwa. Tulis tentang kawan rapat ni buat otak guwa mengeluarkan sesuatu image yang sangat jelas tentang cikgu guwa

Gambaran tu jelas memaparkan image cikgu Anita unit sains compute, seminggu sebelum minggu ulang kaji cikgu ada berpesan “ awak semua ingat pesan saya … kawan tak akan kekal lama dan takkan pernah duduk dengan kita selamanya, pasti akan berpisah dan awak akan jumpe kawan lain…dan bile jumpe balik  kawan rapat kita dah takde benda yang nak di bualkannya” pesanan yang sangat mendalam mengenai sahabat dan di hari terakir di KMM sempat jumpe jugak guwa berjumpe dengan Ketua jabatan Fizik  yang sangat sibuk En Fariq. Dia memang telalu sibuk sehinggakan nak jumpe beliau pun susah 3 kali guwa cuba berjumpe dengan beliau tapi tak kesampaian dan nasib akan menyebelahi orang yang niat hatinya baikan kan?? Akhirnya guwa dapat jugak jumpe dengan beliau dan pesanan yang sama guwa dengar dan guwa hayati “ naim awak kene ingat pesan saya close friends will become far friends later when the time had come, in the university I have 4 best friends that are very close, go to beach and playing a game together but in the end when all of us have our own life we will forget about them sometime when they whatapp me a can’t even replay a single text because it noting to be said”…

Dan perkara ini bakal berlaku keatas diri guwa sebab itulah kehidupan yang sebenar bukan hanya sekadar diatas sebuah ilusi diri sendiri.
Jom berkenanlan dengan semua kawan kelas guwa walaupun kite orang berlainan negeri tapi kemesraan tetap terjalin.

Comel tak guwa opps terlebih pulak puji diri sendiri. Bibir mula mengukirka senyuman  hahha jangan di tanya kenapa seluar kawan 
guwa tu singkat sebab entah guwa pun tak tahu … :P

Dalam ramai ramai ni guwa lah yang paling gedik and mengada-ngada, cepat marah, mudah melenting, and yang penting sekali guwa tak suka hypocrite, biar cakap depan depan supaya orang tak sakit hati. Guwa ni nak dikatekan macam budak kecik sikit la dari yang lain sebab guwa rasa guwa ni masih di bangku sekolah tak sesuai untuk jadi dewasa. ramai yang tak suke sebenarnyaTapi kawan-kawan guwa sangat memahami sangat perangai guwa yang ala-ala kebudakan ni terutamanya My beloved friends Nur Syahidah and Nurul Aini’, syidah seorang yang penyabar dulu la lepas kawan dengan guwa kuat membebel penat telinga guwa mendengarnya, guwa dah anggap dia macam kakak guwa , yela guwa ni ada kakak macam takde je tak pela abaikan perkara itu yang penting guwa nak happy.. eh lari tajuk lak. Si aini ni pulak suka buat guwa merajuk dan dialah budak yang paling memahami isi hati guwa, nak dikatekan semua tentang guwa dia tahu (amaran untuk nurul aini it should be our secret ok if not I will cures you) kejam tak statement tu hahahaha… ape yang kiteorang buat past bersama dan kenagan yang terhebat buat kite orang ialah naib johan pertandingan i-Dika 2013. Ok cukup dulu about budak dua orang ni kalau nak cerita kene bukak buku 1001 malam sebab banyak sangat cerita dah tak terkira banyaknya.

Beralih kepada kawan yang seterusnya ialah…
Ahmad Hayaton Jamely dan Sharul Akmal
Pencalonan lelaki paling hot tempat pertama di KMM tahun 2011/2012 tetapi jatuh ketangga ke tiga pada tahun2012/2013 tak pasti kenapa undian tu tak menyebelai mereka pada tahun berkenana hahahah
Bukan nak cerita pasal benda ni sebenarnya hahha. Ok Imbas kembali semester lalu … bling…bling..bling…effect sikit … keluar awan...  hayaton ni sebenarnya dah guwa anggap macam abang guwa sebab dia la yang jaga guwa dari semester satu sampai semester empat it same to go to sharul Akmal a.k.a mamal teringat saat di semester dua dulu bile hujung minggu tiba dua orang ni mesti datang bilik guwa untuk tengok movie and the worst movie ever kalau korang nak tahu cerita the Black Swan hahaha guwa tak tahu kenapa guwa cakap cerita tu teruk korang tengok la sendiri kenapa ye. Dan bile budak-budak bilik guwa balik dan hayaton pun balik mamal la peneman guwa kat bilik untuk dua hari thank to both of you tak dapat nak balas jasa baik korang lupe lak gambar gambar yang tak sepatutunya pun masih guwa simpan Mamal and hayaton your picture still with me ya gambar rahsia kekening ^^ ok cukup sampai di sini next story k

Muhamad Asyraf a.k.a acap dan Akmal Mislan a.k.a wak, huruf M kat nama asyraf ada satu je tau bukan dua eh sebab setiap kali mamal nak tulis nama dia mesti letak dua M. ape nak tulis eh oh ye guwa ada complet data acap yang guwa dapat dari data base KMM alamat, ic no,matrik no, father occupation, mother occupation, all I have  sory acap guwa terpaksa mintak bantuan kawan guwa untuk hack data KMM untuk dapatkan maklumat lu sebab ramai orang bercerita mengenai status kehidupan lu but sory guwa takkan cerita perihal orang k Cuma nak dapatkan kepastian, ye la dari jaga tepi kain orang baik guwa jaga kain guwa yang tak berapa nak cukup ni. Asyraf All about you is in my poket hahahaha tak boleh nak tipu la and I know about you past life macam mana sangat menarik and the best thing about acap is pandai bergaya antara semua budak kelas. Wak budak yang paling best sekali sebab tak pernah nak kesah pasal orang lain asik dengan phone dia jer and rambut wak paling fluffy sekali macam rambut bayi tu yang paling guwa suke sekali nak di bandingkan dengan semua budak lelaki kat KMM he has the best hair ever …wak jangan potong rambut botak lagi x best la…

Ok tertinggal seorang kawan guwa yang paling guwa sayang Zaim Nor Rashid but just call him zaim. Zaim pelajar paling pintar kat dalam kelas dari semester satu sampai semester tiga dan insyaallah untuk semester empat juga. He is my classmate and also my roommate yang best. Tak pernah kisah tenteng orang just he and his life … walaupun guwa buat silap tapi dia tak pernah nak hukum guwa macam kawan-kawan guwa yang lain because he said “siapalah manusia nak menghukum manusia yang lain” hmmm he the best teacher ever about life.

Atika mushito and Arin mushi mushi  …
guwa memang suke bagi gelaran kat kawan kawan matrik dan  budak dua orang ni magsa yang pertama kene gelaran macam tu guwa tak tahu la kenapa guwa bagi gelaran macam tu kat dia orang macam kene je nama tu kat dia orang tapi dua orang ni banyak support guwa masa guwa kat matrik dulu nak dikatakan dulu pernah jugak bertengkar dengan arin mushi mushi but sekejap je dah baik dah pun sekarangni. tak banyak nak di cerita heheh next story please..

Hanis wahida, Farah Suhana ye ke macam ni tak ingat la nak eja macam mana dan Nor Ain  tiga serangkai yang tak boleh dipisahkan  but  merekalah yang buat guwa gelak bile keluar, Hanis and farah selalu ajak guwa keluar gi perpustakaan saat akhir nak exam and makan tengahari yang buat guwa senyum bile cerita zaman sekolah di keluarkan oh ada jugak permainan yang buat kite orang dedahkan rahsia rahsia yang tersimpan kat diri masing masing memang best and kenangan tu yang buat kite orang rapat sangat dan waktu petang main basikal sesame nak tengok gambar tak ni dia tada…

sory ain lupe lak pasal ko, ain ni sangat garang tapi hati dia baik sangat selalu bagi nasihat kat guwa dan sentap la kadang kadang but it make me feel like friend will make anything to make us go to right things right??

And the last but not list Hafizah. Nama pendeknya fiza . tak de gelaran nak bagi kat mina ni but mina ni sporting and confident level sangat bagus tapi tak tahu macam mana nak control. Tu yang buat guwa tersenyum lebar bile dia buat presentation. Fiza selalu jugak bagi nasihat kat guwa banyak la jugak and nasihat tu semua masih guwa simpan dalam memori ini supaya tak terpadam…

Kepada kawan kawan matrik guwa yang lain yang dimention namanya dalam ni maaf kenagan dengan korang memang best tapi tak dapat guwa nak cerita semua becouse korang masuk kelas semester tiga guwa Cuma tulis untuk budak-budak kelas asal guwa jerr insyaallah guwa akan tulis jugak satu lagi entry untuk korang …

P/S: jagan kecik hati ye ni apa yang tersimpan rapi dalam memori hidup guwa …

DuNiA IkLaN